Aku tertarik dengan satu artikel yg berbicara mengenai 'Doktor Falsafah'.
Dalam ruangan ini ada menyatakan Doktor Falsafah berasal daripada tradisi keilmuan dalam dunia Islam. Ijazah yg pertama ditawarkan untuk seseorang yg bergelar sarjana ialah 'Ijazah Al-Tadris wa Al-Ifta' drpd institusi pendidikan pada kurun ke 9 Masehi. Ijazah ini dianugerahkan kepada mereka yg benar2 mahir dlm bidang perundangan Islam. Akan tetapi pada zaman dahulu ijazah ini hanyalah ditawarkan utk bidang2 tertentu sahaja. Untuk pengatahuan kita juga, di Amerika Syarikat, gelaran 'Dr' tidak digunakan di awalan nama berbeza dengan praktis di United Kingdom. Di Malaysia sendiri, seseorang yg mempunyai ijazah Doktor Falsafah menggunakan gelaran 'Dr' kerana impak nya begitu besar dalam konteks tradisi keilmuan di sini. Namun begitu, tidak bermakna seseorang yg tidak mempunyai ijazah ini tidak berilmu.
Sebagai warga akademia, kita haruslah berfikir dan melaksanakan sesuatu itu mengikut lunas yg betul. Kita perlu menjadi ahli fikir seperti yg di perjelaskan dlm Al Quran yg bermaksud ; Ulul Al-Bab iaitu orang yg berakal sempurna dan beringat sentiasa dengan mengambil pengiktibaran.
Seperkara lagi, kita kurang memberikan perhatian kepada ilmu falsafah dan cabang2 ilmu falsafah seperti alam sekitar, falsafah sains, tabii, falsafah ekonomi, falsafah teknologi, falsafah komunikasi dan sebagainya kerana falsafah adalah satu 'pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yg tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain' (KAMUS DEWAN EDISI 4).

No comments:
Post a Comment