Mungkin betul...susah untuk diberi kemaafan tapi senang untuk meminta maaf.
Itu yang berlaku. Pintu kemaafan daripadaNya sentiasa terbuka selagi pintu taubat masih ada. Sebelum melangkah jauh berkarya ingin dinyatakan aku bersyukur dengan nikmatNya kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya ini...
Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Tiada yang sempurna melainkanNya. Walaupun cuba untuk jadi yang sempurna tapi kita tetap tidak sempurna. Hanya DIA yang sempurna. Kita berhak untuk mendapat kemaafan asalkan penyesalan itu ikhlas dan jujur.
Walau apa pun konflik yang terjadi, kita ataupun aku berhak untuk dimaafkan. Aku menyesal. Ya Allah, aku menyesal. Semoga kemaafan ini diterima.
Berilah aku peluang untuk perbetulkan kesilapanku...
I'm really sorry. I'm seek for ur forgiveness



